Sunday, 2 December 2012
CAPS Sabah
Assalamualaikum ,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Adalah dimaklumkan kepada saudara2 dan saudari2 sekalian, satu badan NGO yang berteraskan kepada keperluan semua lapisan Pengguna di Sabah telah diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan pada 20/12/2011.
NGO ini diberi nama PERTUBUHAN HAL EHWAL PENGGUNA DAN PELINDUNG PENGGUNA SABAH (Consumer Affair And Protector Society Of Sabah) CAPS.
Matlamat CAPS:-
Diantara matlamat CAPS seperti berikut:-
(1) Melindungi dan menjaga masyarakat pengguna dari pelbagai unsur penipuan,pemerasan,pemalsuan dan penindasan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
(2) Memupuk kesedaran pengguna supaya arif dengan hak-hak mereka bersuara mengikut landasan hak-hak asas pengguna seperti berikut:-
(a) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
(b) Hak untuk mendapatkan keselamatan
(c) Hak untuk mendapatkan maklumat
(d) Hak untuk membuat pilihan
(e) Hak untuk bersuara
(f) Hak untuk mendapatkan ganti rugi
(g) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
(h) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
(3) Mengemukakan masalah dan kerumitan masyarakat pengguna disamping menyampaikan cadangan,komen dan teguran kepada pihak yang berwajib agar tindakan seterusnya dapat dilakukan
Terima kasih kerana,sudi membaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment