Sunday, 2 December 2012

INFOR CAPS

  • Majlis Pelancaran "Consumers Affair & Protection Society Of Sabah" CAPS atau " Pertubuhan Hal Ehwal & Pelindung Pengguna Sabah akan dilancarkan di Kota Kinabalu pada bulan Disember oleh Ketua Menteri Sabah.

  • CAPS Cawangan Ranau dalam proses untuk pembukaan cawangan. Apa pendapat warga daerah Ranau? Input dan cadangan anda amat dialu-alukan.Sekian,terima kasih.


Terima kasih kerana,sudi membaca

CAPS Sabah

Assalamualaikum ,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Adalah dimaklumkan kepada saudara2 dan saudari2 sekalian, satu badan NGO yang berteraskan kepada keperluan semua lapisan Pengguna di Sabah telah diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan pada 20/12/2011. NGO ini diberi nama PERTUBUHAN HAL EHWAL PENGGUNA DAN PELINDUNG PENGGUNA SABAH (Consumer Affair And Protector Society Of Sabah) CAPS. Matlamat CAPS:- Diantara matlamat CAPS seperti berikut:- (1) Melindungi dan menjaga masyarakat pengguna dari pelbagai unsur penipuan,pemerasan,pemalsuan dan penindasan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. (2) Memupuk kesedaran pengguna supaya arif dengan hak-hak mereka bersuara mengikut landasan hak-hak asas pengguna seperti berikut:- (a) Hak untuk mendapatkan keperluan asas (b) Hak untuk mendapatkan keselamatan (c) Hak untuk mendapatkan maklumat (d) Hak untuk membuat pilihan (e) Hak untuk bersuara (f) Hak untuk mendapatkan ganti rugi (g) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna (h) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat. (3) Mengemukakan masalah dan kerumitan masyarakat pengguna disamping menyampaikan cadangan,komen dan teguran kepada pihak yang berwajib agar tindakan seterusnya dapat dilakukan
Terima kasih kerana,sudi membaca

Saturday, 1 December 2012

Bola

Tahniah! Pasukan Harimau Malaya Menang 2 - 0 mengalahkan Indonesia.
Terima kasih kerana,sudi membaca

Wednesday, 28 November 2012

Hak-Hak Pegguna

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah: Hak untuk mendapatkan keperluan asas-: Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya Hak untuk mendapatkan keselamatan-: Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna. Hak untuk mendapatkan maklumat-: Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan. Hak untuk membuat pilihan-: Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Hak untuk bersuara-: Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. Hak untuk mendapatkan ganti rugi-: Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna-: Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat-: Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Terima kasih kerana,sudi membaca

Tuesday, 27 November 2012

30 Tips Pengguna Bijak

Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit. Buatlah belanjawan sebelum membeli belah. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah! Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat! Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar! Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu. Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran. Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan. Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak. Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya. Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM. Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi! Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak! Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label. Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam. Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan. Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang. Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam. Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda. Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya! Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli. Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.
Terima kasih kerana,sudi membaca